TERCIPTA SATU PERMULAAN
Assalamualaikum..
Pertamanya, penulis ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana akhirnya blog ini tercipta..
Cetusan untuk menulis di dalam blog ini sebenarnya telah lama..Cuma hari ini baru tertunai..
Pada 2007, sahabat penulis, Sufian yang juga seorang blogger mengajak untuk turut serta dalam membuat blog..Tapi waktu itu, hati belum tergerak lagi selain tahap kemalasan yang maksimum..Cuma penulis menyimpan perasaan yang satu tika,akan dibuat juga blog ini..
Sewaktu memohon untuk sambung ke Jordan, penulis menyimpan hasrat akan membuat blog sekiranya permohonan untuk ke Jordan berjaya (bukan bernazar)..Alhamdulillah, sekarang telah pun 2 bulan lebih di sini..jadi hari ni blog tercipta..
Blog ini sekadar sekadar tempat untuk penulis berkongsi maklumat, memberi pandangan serta sebagai satu medan untuk penulis menulis penulisan berbentuk ilmiah dan amanah.
Setinggi-tinggi penghargaan buat keluarga tersayang, dyana, saudara Sufian (jejakitinggalanrasul.blogspot) dan abg. Ngah kerana banyak membantu dan mengajar penulis dalam membuat blog, serta buat mereka yang banyak memberi sokongan buat penulis.. Jazakallah khairan katsiran.
Semoga artikel-artikel di dalam ini akan memberi manfaat buat kita semua.
Sekian.
An-Nuuri
salam dan selamat berjinak2 dalam dunia blogger juga dapat dimanfaatkan sebagai pendekatan dakwah siber. Semoga dapat berkenalan degn ramai lagi blogger2 diluar sana...
ReplyDeleteWslm..trima kasih bnyk2..
ReplyDeleteenta byk mmbantu..
Amiin,InsyaAllah..=)
aik..nama abg ngah pun ada..hehe
ReplyDeletebyk nak kena belajar lagi tu..especially gaya bahasa, 'projection' penulisan dan lontaran idea.. :)
ReplyDeletekata org, kalau makan cili, xtau la pedasnya cmana..hehe, mcm tu juga la blog..dah cuba, baru tau cmana perit lelahnya, pedas manisnya..
bagus utk berlatih penulisan, terutama penulisan ilmiah..senang balik nnt nk sambung m.a, tesis sepatutnya bukan satu masalah lagi..sebab dah biasa menulis..
all the best untuk tuan rumah blog ni.. :)
p/s : "satu medan untuk penulis menulis penulisan.." - brapa banyak tulis daa..hehe
hehe,org brjasa ttp dikenang..
ReplyDeletebtul la tu..blog ni sebenarnya proses 'belajar'
menajamkan gaya & bentuk penulisan..
thanks utk tuan punya itniaga sdn bhd..hehe.=D
utk bantuan n nasihat..nanti singah2 la ke blog ni utk bg komen berbentuk teguran membina,pandangan @ nasihat..utk memajukan gaya penulisan & projection sy..=)
hehe,sy mmg suke tulis "tulis" byk2.hehe..
dyana..
ReplyDelete=)