Sunday, December 27, 2009

Berkata Atau Mengata?

BERKATA ATAU MENGATA?

 

“Z  tu pakai je tudung, tapi sosial !” kata A kepada B.

“ Ali ni kalau masak, mesti tak sedap.” Rungut Ajis kepada Dali.

Perkara sebegini sudah menjadi asam garam dalam masyarakat kita, iaitu menyampaikan sikap buruk atau kelemahan seseorang kepada orang yang ketiga, atau kata lainnya kita namakan MENGUMPAT (ghibah).

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ قِيلَ أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ قَالَ إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيه فَقَدْ بَهَتَّهُ.

Daripada Abu Hurairah r.a: Nabi Muhammad SAW bejumpa dengan para sahabat dan bertanya, “ Kamu tahu apa itu mengumpat? ” Mereka menjawab “ Allah dan Rasul-Nya lebih tahu ” Nabi bersabda lagi, “ Kamu menyebut apa yang saudara kamu benci” Mereka berkata lagi, “ Apa kata kalau yang kusebut itu sememangnya ada pada saudaraku? “ Nabi bersabda lagi, “ Jika yang kamu sebut itu ada pada dia, maka itulah mengumpat. Jika yang disebut itu tiada padanya, maka itulah pembohongan besar. ”( Riwayat Muslim, bab Haram ghibah)

 

Sikap suka menghidu, memasang telinga dan menyampai-nyampai sememangnya diharamkan di dalam Islam kerana ianya boleh merendahkan maruah orang lain, malah akan menimbulkan rasa kebencian pada diri orang yang dituju akibat kelemahan yang ada pada dirinya. Bukankah Islam menganjurkan kita agar saling sayang-menyayangi sesama muslim?

 

 

عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Daripada Anas, Nabi sallallahu alaih wasallam bersabda “ Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri”(Bukhari & Muslim)






“ Ala,tak best la kalau tak bergosip” kata temannya.

Ya, mengumpat memang menyedapkan. sangat best apabila kita dapat merendahkan-rendahkan orang lain, Amat seronok bile dapat membuka aib orang lain, dan sangat terhibur bila dapat memperlekehkan orang lain. Se’sedap’ itu jugalah kita memakan bangkai daging saudara kita sendiri.

Firman Allah s.w.t didalam surah al-Hujurat ayat 12:

وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ (12)

dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

 

Di dalam Tafsir Ibn Katsir, asbabul nuzul ayat ini berhubung dengan sahabat baginda s.a.w, Salman al-Farisi radiallahuanhu. Ianya disebabkan sewaktu beliau nyenyak tidur, beliau berdengkur dengan kuat. Lalu perkara ini menjadi bualan oleh sahabat lain yang mendengar dengkurannya. Kerana merasa malu, Salman berjumpa Rasulullah s.a.w dan mengadu kepadanya. Lalu turunlah ayat di atas.

Selain itu, baginda s.a.w juga menasihatkan para sahabat dari terus mencerca Abu Jahal. Sepertimana yang kita sudah maklum tentang kezaliman Abu Jahal ini, beliau sering menyekat dakwah baginda s.a.w dan mengenai bagaimana beliau menyiksa kaum muslimin di Makkah. Bahkan beliaulah yang paling memusuhi Islam. Namun baginda s.a.w tidak membenarkan dari beliau terus dicaci. Mengapa? Hal ini disebabkan anaknya, Ikramah telah pun memeluk Islam. Lihatlah bagaimana Rasulullah s.a.w menjaga hubungan sesama manusia dan pentingnya menjaga hubungan sesama muslim.

Tahassus itu adalah perbuatan mengambil tahu, menyelidik dan menyiasat untuk tujuan yang baik. Manakala Tajassus pula adalah perbuatan menyelidik, menyelak-nyelak dan mencari-cari kesalahan serta kelemahan orang lain dengan tujuan yang jahat. Kerana niat, Tahassus boleh berubah menjadi Tajassus.[1]

 

“ Tapi kami cuma nak mengingatkan je.” jawab sebahagian yang lain.

Ya, amat penting untuk saling mengingati sesama muslim. Kerana itu Allah berfirman di dalam surah al-Dzariyat ayat 55:

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ (55)  

55. dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.

 

Namun, untuk meng’halal’kan tindakan tersebut, kita perlu check semula pada diri kita.

Adakah kita ini bebas dari kelemahan dan kekurangan?

Apakah perkhabaran tersebut boleh menambahkan amal kebaikan (pahala) buat diri kita?

Dan apakah kita akan suka sekiranya orang lain mengatakan perkara yang buruk tentang diri atau ahli keluarga kita?

 

Adapun 6 keadaan yang diharuskan ulama’ untuk mengumpat seperti yang termaktub pada bab berkaitan ghibah di dalam kitab Riyadhus Solihin karangan Imam An-Nawawi, ianya mestilah jelas bahawa ghibah kita itu termasuk di dalam pengecualian tersebut. Haruslah ghibah itu  mengikut berdasarkan disiplin dan garis panduan yang telah disyariatkan. Bukan ghibah itu sekadar untuk menjadi tajuk bualan atau untuk menjadi bahan ketawa. Perlu dipastikan niat kita yang sebenarnya sama ada ghibah kita itu benar-benar termasuk di dalam yang diharuskan atau yang diharamkan.

Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai muslim untuk merahsiakan apabila kita mengetahui keaiban orang lain. Jika penganut kristian, mereka disuruh menceritakan dosa yang dilakukan kepada paderi bagi membersihkan dosa atau bertaubat, namun Islam tidak membenarkan seorang muslim menceritakan atau membuka keaibannya sendiri kepada orang lain, hatta dosa-dosanya yang sudah lalu. Apatah lagi jika orang lain yang menceritakan keaiban saudaranya.

Namun sebaiknya kita memilih jalan yang selamat, iaitu kita berdiam diri dan mengelak dari bercakap atau mencari-cari kelemahan orang lain bagi mengelak fitnah ke atas diri kita.

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِ جَارَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia itu memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu memuliakan tetamunya”(Riwayat Bukhari, bab lisan)

 

Tanya pada diri adakah kita benar-benar sempurna?.

 

An-Nuuri


[1] Antara peduli dan peduli apa, Ust.Hasrizal


READ MORE- Berkata Atau Mengata?

Bukan Pilihan Pertama

BUKAN PILIHAN PERTAMA

 

“Syariah tu apa?” Tanya seorang guru muzik kepada saya.

“Saya tak tahu apa-apa mengenai syariah.” Tambah beliau lagi. Saya sedikit terkejut mendengarkan kata-katanya yang begitu telus.

“Syariah adalah perkara-perkara yang berkaitan tentang hamba dengan pencipta dan hubungan manusia sesama manusia.” Jawab saya tanpa menggunakan definisi buku.

Ya, jika Usuluddin adalah ilmu yang bersifat ketuhanan dan aqidah, Syariah pula dilihat sebagai satu bentuk ilmu bagaimana untuk manusia beribadah kepada Allah s.w.t serta menjaga hak-hak manusia yang lain.

Disebabkan itu Islam adalah satu agama yang syumul kerana ia bersifat menyeluruh dari semua aspek. Hatta sekecil-kecil perkara seperti bersugi juga dititik berat di dalam Islam.

“Seperti bermain gitar, kita tidak dapat menghasilkan bunyinya jika tiada tali. Begitu juga jika hanya ada satu tali tanpa lima tali yg lain, bagaimana melodi gitar itu akan tercipta.” Saya cuba mengkaitkannya dengan muzik.

Beliau mengangguk faham. 






Benar, ramai lagi di luar sana yang masih belum memahami metod pengajian Islam. Walaupun kita telah mempelajarinya secara asas semasa di sekolah rendah mahupun menengah disebabkan silibus kerajaan yang mewajibkan bagi pelajar beragama Islam untuk mempelajarinya. Tetapi itu tidak bermakna bahawa mereka benar-benar faham berkaitan dengan Islam.

Secara pastinya, jika disebut perkataan Syariah itu sendiri, perkara yang digambarkan mereka adalah hal ehwal berkaitan rumah tangga seperti nikah, talak dan sebagainya. Ya, tetapi itu cuma salah satu daripada juzu’nya. Syariah sememangnya luas dan meliputi semua aspek jika kita selaminya. Perkara yang melibatkan seperti ibadat, muamalat, jenayah, politik, kesemuanya sebahagian daripada Syariah. Fungsinya adalah agar manusia menjaga hubungan dengan Allah serta menjaga hubungan sesama manusia.

حبل من الله و حبل من الناس

Barangkali jika saya menjawab saya adalah pelajar perubatan atau kejuruteraan, pasti jawapan atau reaksinya berbeza. Hal ini kerana  bidang professional seperti itu lebih mendapat tempat di hati masyarakat pada hari ini. Bukanlah saya cuba untuk membanding-bandingkan, tetapi itulah realiti sekarang. Jurusan agama dianggap bukan lagi pilihan pertama. Malah saya juga terkena tempiasnya apabila menolak tawaran ke IPTA satu masa dahulu.

“Apalah kau, orang ramai nak masuk ke Ipta tak dapat,tapi kau dah dapat, tolak pulak.” Rungut seorang kawan.

“La, apsal kau tolak? Ruginya. Kawan-kawan kita ramai disana” Kata rakan saya yang lain.

Dan pelbagai lagi reaksi dan respon yang saya terima dari rakan-rakan. Namun, saya tidak sesekali menyesal dengan keputusan yang telah diambil 3 tahun lalu.

 

DAHULU DAN SEKARANG

Jika pada tahun sebelum merdeka, ibu bapa berpusu-pusu untuk menghantar anak mereka bagi mendalami ilmu agama. Malah ibu bapa juga ingin bermenantukan orang yang arif tentang agama. Tetapi hari ini kita lebih menilai pada jawatan dan gaji pekerjaan seseorang. Mungkin kita biasa mendengar dialog di dalam cerita Ibu Mertuaku, “Siapa dia Kassim Selamat?Lawyer?Majistret?”






Saya bukan mahu mempertikaikan pilihan masing-masing, kerana kita berhak untuk memilih yang terbaik buat diri kita. Bahasa mudahnya, tiada siapa yang mahukan kesusahan di dalam hidupnya.

“Saya minat sains and nak jadi doktor. Doktor biasanya kaya.” Jawab seorang pelajar perubatan ketika saya bertanyakan mengapa beliau memilih jurusan perubatan.

Ya, kesemua kita pasti mahukan kesenangan di dalam hidup. Tetapi jika kita ingin menceburkan diri di dalam jurusan professional, atau mahukan calon suami atau menantu seperti itu, biarlah yang ada nilai-nilai agama pada hidupnya. Malah saya lebih hormati kepada golongan perubatan yang menghafal Quran. Kerana ianya akan menambahkan lagi tahap keimanan mereka disebabkan banyaknya ayat-ayat di  dalam Quran yang menyebut tentang sains.

Justeru, apa sekalipun bidang yang diceburi, janganlah dijauhkan dari agama. Jika ahli perbankan, biarlah kewangan secara Islam yang jauh dari riba’, jika ahli saintis, biarlah saintis yang dapat mencari penawar bagi penyakit tanpa menggunakan bahan terlarang, jika seorang jurutera, lihatlah bagaimana hebatnya senibina tamadun Islam dahulu tercipta, jika seorang peguam atau hakim, jauhkanlah diri daripada rasuah. Ketahuilah, semua ilmu yang bermanfaat di dunia ini adalah datangnya dari Allah s.w.t.

 

tوَسَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مِنْهُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (13)   

 

dan ia memberikan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadanya; Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi mereka yang berfikir.

(Surah al-Jatsiyah, ayat 13)

 

 

An-Nuuri





READ MORE- Bukan Pilihan Pertama

Monday, December 21, 2009

Tercipta Satu Permulaan

TERCIPTA SATU PERMULAAN

Assalamualaikum..

Pertamanya, penulis ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana akhirnya blog ini tercipta..

Cetusan untuk menulis di dalam blog ini sebenarnya telah lama..Cuma hari ini baru tertunai..

Pada 2007, sahabat penulis, Sufian yang juga seorang blogger mengajak untuk turut serta dalam membuat blog..Tapi waktu itu, hati belum tergerak lagi selain tahap kemalasan yang maksimum..Cuma penulis menyimpan perasaan yang satu tika,akan dibuat juga blog ini..

Sewaktu memohon untuk sambung ke Jordan, penulis menyimpan hasrat akan membuat blog sekiranya permohonan untuk ke Jordan berjaya (bukan bernazar)..Alhamdulillah, sekarang telah pun 2 bulan lebih di sini..jadi hari ni blog tercipta..





Blog ini sekadar sekadar tempat untuk penulis berkongsi maklumat, memberi pandangan serta sebagai satu medan untuk penulis menulis penulisan berbentuk ilmiah dan amanah.

Setinggi-tinggi penghargaan buat keluarga tersayang, dyana, saudara Sufian (jejakitinggalanrasul.blogspot) dan abg. Ngah kerana banyak membantu dan mengajar penulis dalam membuat blog, serta buat mereka yang banyak memberi sokongan buat penulis.. Jazakallah khairan katsiran.

Semoga artikel-artikel di dalam ini akan memberi manfaat buat kita semua.

Sekian.

 

An-Nuuri

READ MORE- Tercipta Satu Permulaan