Monday, April 26, 2010

Diam dalam mencari rahmah

Diam Dalam Mencari Rahmah






Sudah lama rasanya blog ini tidak dikemaskini. Sehingga ramai sahabat yang bertanya mengapa saya tidak menulis artikel terbaru. Ada juga yang bertanya adakah saya kekeringan idea untuk menulis. Saya hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih diatas keprihatinan yang ditunjukkan. Alhamdulillah, ilham untuk menulis itu sentiasa ada walaupun ketika duduk di dalam bas untuk ke pekan Mafraq sambil melihat pandangan padang pasir. Tetapi tugasan pelajaran yang banyak selain peperiksaan yang terpaksa dihadapi memaksa saya menangguhkan untuk menulis artikel terbaru. Benar kata Ust.Hasrizal, menulis tanpa HATI dan perHATIan, memang sukar. Kerana saya mengharapkan artikel yang ditulis mampu memberikan manfaat buat semua pembaca.


InsyaAllah, saya akan menulis entry terbaru dalam masa yang terdekat. Teringat sabda Nabi s.a.w:


عن أبي سلمة عن أبي هريرة رضي الله عنه قال  :قال رسول الله صلى الله عليه و سلم ( من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يؤذ جاره ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه (

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia itu memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu memuliakan tetamunya” 

(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

Oleh itu, biarlah segala yang kita tulis atau ucapkan terhindar daripada sebarang bentuk fitnah, cacian atau umpatan. Kerana semua yang kita tulis atau perkatakan, akan disoal dan menjadi saksi dihadapan Allah s.w.t di akhirat kelak.    

 

An-Nuuri

2 comments:

  1. salam..

    mohon copy..thanks dude..

    *da lme sgt ko xupdate blog neh man..
    btw..still remember me?

    ReplyDelete