Wednesday, January 27, 2010

Keperitan itu terasa

Keperitan itu terasa..

 

Saat itu, saya dan seorang lagi teman sebilik, Sufian (link) terkejut dengan berita yang disampaikan Rusli. Beliau baru sahaja kehilangan ibunya yang dikasihi ke sisi Rabbul Jalalah subahanu wa taala. Kami tersentak dengan berita itu kerana sebelum ini tidak kedengaran ibunya sakit. Namun Allah s.w.t jualah yang menentukan segala-galanya dan tidak terlepas sesuatu dari tangan-Nya.

Ketika itu, pelbagai perasaan yang hinggap dijiwa ini.

Sedih.

Pilu.

Apatah lagi melihatkan bebanan kesedihan yang terpaksa beliau pikul.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Kami cuba menenangkannya.

Namun, pipi kami juga tidak terlepas dari dibasahi air mata.




(Keluarga saya dan rusli)

Ini merupakan satu dugaan dan ujian besar buat dirinya.

Dalam keadaan kami bermusafir yang jaraknya beribu batu untuk mencari ilmu, singgah pula berita yang menyedihkan ini.

Berita yang memerlukan 1001 ketabahan.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat 286:

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

“Allah tidak memberati seseorang melainkan dengan apa yang termampu baginya.”

 

Tidak tahu mengapa, air mata ini bagaikan tidak mahu berhenti mengenangkan kesedihan yang dialaminya.

Ya, saya begitu rapuh malam itu.

Pelbagai perkara yang bermain di benak fikiran.

Begitu juga apabila melihatkan sahabat-sahabat lain datang memberikan ucapan takziah serta kata-kata semangat buat beliau.

Suasana yang sungguh mengharukan.

 

مَثَلُ المُؤمِنِيْنَ فِي تَرَاحُمِهِم وَتَوَّادِّهِم وَتَعَاطُ فِهِم كَمَثَلِ الْجَسَدِ الوَاحِدِ

إذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الأَعْضَاءِ بِالَسَهَر وَالحُمَّى

“Perumpamaan kaum mukminin dalam sikap saling mengasihi, saling menyayangi, dan saling iba adalah seperti sebuah jasad (tubuh). Jika salah satu anggota tubuh mengeluh sakit maka anggota tubuh yang lainnya akan turut tidak dapat tidur dan akan merasakan sakit tersebut .” (HR. Bukhari dan Muslim).

 

Namun, kata-kata seorang pemuda palestin, Omar sangat menyentuh hati saya.

“Jangan kau bersedih wahai sahabatku. Kerana mati itu perkara yang pasti. Ianya telah ditetapkan Allah s.w.t. Janganlah kau sesekali meraguinya (tentang kematian). Berdoalah pada Allah s.w.t (akan ibumu).” Lalu mereka berpelukan.

Begitu telus katanya.






Berita itu saya sampaikan pula kepada ibu saya, lalu jawabnya:

“Semua milik kita pinjaman dari Allah s.w.t. Ibu bapa pinjaman Allah buat anak-anak, begitu juga anak-anak pinjaman Allah buat ibu bapa.”

Sebak saya mendengarnya.

Benar katamu wahai ibuku.

Sememangnya ini adalah ujian yang perlu ditempuhi setiap dari kita.

Tidak tahu bila giliran kita akan menyusul.

Tetapi apa yang penting, perkara itu adalah pasti.

Bersabarlah wahai sahabat.

Jangan mudah berputus asa.

Perjalanan perlu diteruskan.

Perjuangan dalam mencari ilmu di dataran syam ini.

Tanggal 25 Januari 2010 adalah satu tarikh yang tidak boleh beliau lupakan.

Semoga ruh ibunya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.

 

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ * الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ *

155. “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

156. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."  (al-Baqarah)

 

An-Nuuri

3 comments:

  1. Rusli yang sangat kami sayangi.. tabahlah kerana ujian ini datangnya kepada kau dahulu, kesabaran kau telah menimba pengalaman besar yang tidak kami lalui. Semoga Allah bersama ruh ibunda dan diberi ganjaran ke atas setiap kesabaran kau..

    ReplyDelete
  2. dalam keadaan ni kekuatan hati sgt perlu.redha itu sgt perlu.dan org2 sekeliling yg menyokong juga sgt2 perlu

    kematian sering menjenguk kita, cuma kita yg sering alpa

    ReplyDelete
  3. btul tu Qasru addini..
    manusia sering lupakan kematian..tp kematian tidak pernah melupakan kita..apabila dtgnya hari yg dijanjikan,maka kita juga akan mati..

    ReplyDelete